Berpisah dengan orang yang sangat kita sayang dan rindukan itu sangat perit.
Terpaksa menahan pedih didada tak sepedih tangan terguris pisau.
Di saat cuba menahan air mata tapi masih tumpah hingga lesu.
Di saat cuba menyeka dari tumpah ke tanah, tapi diri ini yang tersungkur ke tanah.
Mencintai manusia sehingga terlupa cinta yang Esa, cinta yang Agung.
Allah balas cash di dunia.
Saat mata tak lekang dari skrin telefon, menanti panggilan dan mesej yang masuk hanya dari yang jauh.
Sampai terlupa ada yang dekat sedia menemani.
Tapi hati dan mata masih buta, masih menanti yang tidak kunjung tiba.
Saat ego dan amarah menyelebungi, tiada kebaikan yang boleh menyejukkan keadaan melainkan hanya satu usaha untuk menenangkan.
Tapi masing masing tewas dengan ego dan kehendak masing masing, akhirnya terpenjara dalam dunia masing masing.
Saat aku cuma mahukan kesungguhan dan kerelaan mu, tapi kamu lebih memilih tugas dan jawatan kamu. Maka, tidak mengapa.
Aku cuma perlu memahami.
Memahami yang tak semua cinta itu harus dimiliki. Tiada gunanya untuk memiliki orang yang tidak mahu memiliki kita. Yang jauh lebih memilih soal hidup dan kerjaya nya dari teman hidupnya.
Sudah biasa dengan permainan kata yang cuma hanya seucap kata.
" Aku perlukan kamu. " tapi tindakannya tidak.
" Aku sayangkan kamu. " tapi kelakuannya tidak.
" Aku rindukan kamu. " tapi sikapnya tidak.
Tidak sama sekali dengan yang diperkatakan.
Tidak mengapalah, kerana seorang wanita hanya harus memahami.
Memahami yang tak semua impian itu harus direalisasikan. Ada sahaja impian hanya tinggal impian. Sekadar dibilang angan angan sahaja. Dan angan angan aku untuk memiliki bukan cuma diri kamu, tapi hati dan jiwa kamu.
Saat hati sudah penat, aku sekali lagi cuma mampu untuk genggam tangan yang dingin dan percaya ada Tuhan yang sedang mengetahui kepenatan ini. Maka, berserahlah.
No comments:
Post a Comment