Hati yang makin dingin

Perit itu realiti,
Senyuman sudah tidak dipeduli,
Lelah sudah dalam menagih empati,
Teriaknya hati sukar difahami.

Manis duka kita pernah bersama,
Jutaan rahsia dek kerana setia.
Bahagianya sesaat tidak terkata,
Kita kita berjauh dan berbeza dimensi,
Cerita erita lama sudah ditinggal tidak berpenghuni.

Tika ligatnya dikau menjunjung mentari,
Menjadi pandangan duniawi,
Masih aku bergelap tersesat di lorong sepi,
Kebingunan melayan hakiki.

Dikau kuat menahan rontaan sukma,
aku lemah dengan jarak bicara.

Buat dikau,
Kebahagiaan yang dipinjamkan,
Terima kasih atas kotak hati yang diberikan.

Berbekalkan secebis setia,
Kuharap dikau semai bahagia
Atas pilihan yang kau damba.

No comments:

Post a Comment