Jika Kau Benar 1

" El, kau ikut sekali tau hujung minggu ni. This is an order. "

Satu arahan dikeluarkan dari Atira bergurau dengan sahabat baiknya, Elena Iskandar.

" Aku kena ikut sekali ke? Aku excuse boleh? " Jawab Elena sambil betulkan tudungnya yang senget senget baru sudah makan. Biasalah budak sekolah lagi, comot tapi masih diva.

" Kau jangan mengada. Aku dah tulis siap siap dah nama kau sekali tadi, bawah nama aku, haaa ada nama kau, Elena Iskandar. So, by hook or by crook kau kena pergi, kalau tak kau kena hadap sendiri nak excuse dengan Cikgu Dayah kau tu. "

" What? " Elena tepuk dahi. Sebenarnya ni bukan pertama kali kena buli dengan kawan baiknya tu. Dah biasa dah, sebelum ni dia turutkan saja. Tapi kali ini, Elena merasakan sesuatu getaran aneh untuk pergi.

" Kau kenapa ? Macam tak biasa handle kem. Ke sebab kem kali ni bercampur dengan lelaki? Alaaa, kau rilek je, Takde yang nak pandang kau pun, semua pandang aku. " Atira masih memujuk sambil ada unsur unsur riak nak bergurau sebenarnya.

Elena hanya diam sambil bermain dengan sisa sisa makanannya. Dia tahu dia dah tak ada jalan lain, memang kena pergi. Memang muka ni muka memenuhi jemputan kem kem yang ada sejak sejak jadi senior dah di sekolah ni.

Tapi biasanya, sebelum sebelum ni semua kem yang dihadirinya tidak bercampur jantina, dia bersekolah di asrama penuh yang mana semua perempuan. Jadinya, kem kem yang diurusnya kebiasaanya pun jarang ada lelaki. Bukan jarang, tak pernah.

Perkara bercampur ni sangat buat dia rasa tak konfiden sedangkan Elena ni mempunyai bakat yang sangat luar biasa bila berada di hadapan umum atau khalayak ramai. Seorang yang sangat talented dan berwibawa. Setiap patah yang keluar dari mulutnya itu biasanya orang tak boleh nak sangkal, biasalah geng geng pidato dan debat di sekolah.

" Dah dah dah dah, kau takyah fikir banyak dah macam nak exam SPM besok dah aku tengok cara kau resah gelisah tu. Rilek ar, aku ada. Geng kita yang lain pun semua ada. So, chill la. Dah, loceng bunyi. Cepat sikit pi buang plastik makanan kau nih. Huh, aku tengok kau nih resah macam la ada mamat nak masuk minang kau esok, ke kau resah ni kau nak kena paksa kahwin esok? "

Atira dah membebel macam mak nenek  tapi macam biasa Elena hanya buat muka tak tahu je dengan kawan baiknya tu. Dah biasa kena bebel haha





********

" Semua dah cukup ke ? Kereta dah sampai. Dira, tolong check kejap semua yang ada ni? Cikgu nak bercakap dengan pengetua sekolah sana dulu. " arah cikgu pengiring pada Nadira.

Nadira kira sambil mata mencari kelibat dua orang kawannya, Atira dan Elena yang masih belum berkumpul di dataran sekolah. Nadira cuba menelefon mereka, tapi tak angkat.

" Semua dah cukup ke Dira? " tanya cikgu Dayah.

" Belum cikgu. Atira dengan El belum ada. Mereka sampai awal awal lagi sebenarnya tadi cikgu tapiiiiiiiii... tak tahu hilang kemana. Saya dah cuba telefon, tak dapat. "

" Ish budak dua orang tu, hilang kemana pula. Cuba awak call lagi. "

Nadira terus cuba hubungi mereka lagi dan akhirnya mereka jawab.

" Weh El, korang dekat mana? Cikgu dah bising ni. Kereta dah nak gerak, teruk la korang ni. Semua tengah tunggu kau berdua je ni tau. "

" Alamakkkkk, kitorang datang kitorang datangggg. Tengah lari dah niii... Sabaq sat sabaq sat. Kitorang singgah pasaraya belakang sekolah ni haa beli jajan. Ingat lambat lagi alaaaaaa. "

" Banyak la kau punya jajan, cepatlaaaaaaa. "

Dan akhirnya mereka sampai dalam kekalutan dengan tanpa rasa bersalahnya walaupun telah di'buuuu'kan kawan kawan yang lain. Mereka gelak je sebab dah biasa. Kawan kawan yang lain pun sebenarnya tak kesah, dah kenal sangat budak mangkuk dua orang ni.



*************

Setelah perjalanan yang mengambil masa tiga jam lebih untuk sampai ke destinasi, ianya kawasan kampung sedikit tepi ada landasan kereta api. Nampak menarik, ada banyak pokok pokok.

Semua teruja menurunkan beg masing masing yang besar dah macam nak duduk sebulan, alaaa biasala perempuan.

Terlihat jauh adik adik peserta yang tersenyum lebar melambai dan nampak satu kelihatan terlebih ramah datang menghampiri.

" Assalamualaikum, korang semua boleh pergi ke tempat penginapan korang kat sebelah sana, simpan beg korang korang ni dulu. Lepastu terus ke dewan untuk taklimat ya. Kami yang lain dah tunggu di dewan. Cepat sikit ya. "

El dan kawan kawan yang lain saling tolak menolak untuk berhadapan dengan jejaka tersebut. Dahla tinggi, gaya dah macam cikgu sekolah tapi pakai baju sekolah. Lama otak loading

" Baik kakakkkk. " Semua semangat termasuk lah Elena yang walaupun pada awalnya taknak pergi. Dia sememangnya berminat dengan program program ni jadi tak pelik kalau dia lepasni yang terlebih semangat dari yang lain haha


Selepas siap letak beg masing masing di tempat penginapan, semua bergegas ke dewan utama. Elena, Atira dan Nadira berada di barisan belakang. Mereka melihat kawan kawannya yang lain tetiba berubah jadi ayu dan ada yang sibuk betulkan tudung apabila berjalan masuk ke dewan.

Baru mereka teringat. Ohhhh ya, program ni ada lelaki. Patutla semua kawal ayu. Mereka pun sama masuk ke dewan dengan langkah wanita muslimah melayu terakhir. Kelihatan barisan lelaki di sebelah kanan, dan barisan peremuan kena memenuhi kerusi di bahagian kiri dewan.

Mereka mula dengan majlis perasmian dan nyanyian lagu tema dan macam macam lagu lagi. Semua bersemangat. Selepas itu, acara dewan oleh barisan fasilitator bermula.

" Ok baiklah, abang suka tengok korang korang bersemangat ni. Jadi abang nak lepas kan korang semua pergi makan. Sekarang pukul 6.30, korang nak naik bilik dulu pun boleh tukar baju dulu. Tapi masa makan hanya sampai pukul 7.00 malam sahaja. 7.01 minit dah tak boleh makan. Boleh semua? "

" Bolehhhhhhh ! " Lagi sekali mereka dengan penuh semangat sebab fikir rehat dan nak makan. Mereka semua berlari ke tempat penginapan untuk salin pakaian.

Sampai sahaja di hadapan dom, mereka semua menjerit.

" aaaaaaaaaaaaaaaaaa... "




p/s : bersambungg huhu

No comments:

Post a Comment