Rindu

Rindu itu adalah satu perasaan yang senang diungkap tapi susah untuk membuktikannya.

Rindu itu sangat indah,
Rindu itu sangat luar biasa,
Rindu itu sangat menyamankan,
Rindu itu sangat menenangkan.

Tapi, rindu juga sangat menyakitkan.

Kadang kita hairan, kenapa kita rindu.
Kadang kita hairan, apa yang kita rindukan.

Rindu boleh buat kita jadi gila, macam mana saya gila rindu kan awak, fikirkan awak. Auch!

Lagi sakit bila rindu ini tidak terbalas, alaa macam cinta berpeluk sebelah tangan. Sakit kan?

Rindu itu hadir tak semestinya berjauhan, kadang kadang dekat pun boleh rindu.

Bagi saya, rindu ini sangat pedih.
Sakit terkena pisau tak setanding dengan sakit dan pedihnya rindu.

Fikiran kita melayang, hati kita tak tenteram, jiwa kita resah.
Hanya kerana perasaan rindu.

Saat buka mata dari lena tidur, terlihat dinding dan syiling di depan mata. Tapi hati kita tak nampak itu, hati kita nampak insan yang dirindukan yang tiada di sisi kita. Sudah bangunkah dia? Kita pejam mata balik ingin mencari kekuatan. Bangun dan cuba melangkah ke bilik air, tiba tiba keluar air jernih menitis di pipi. Aneh! Kenapa ? Sebab rindu. Itulah hakikatnya. Rindu itu menyakitkan.

Bagi saya, rindu ini harus dibuktikan.
Memang benar ini sebuah perasaan yang tidak boleh digenggam.

Tapi perasaan ini boleh dirasa.

Andai benar rindu, kenapa menghilang?
Andai benar rindu, kenapa abaikan?
Andai benar rindu, buktikan.

Baru kamu rasa indahnya rindu.

Kita ubah situasi tadi...

Saat buka mata dari lena tidur, terlihat dinding dan syiling di depan mata. Tapi hati kita tak nampak itu, hati kita nampak insan yang dirindukan yang tiada disisi kita. Sudah bangunkah dia? Cari dia, hubungi dia, call dia, Tanda kau rindukan dia. Tanda kau benar cari dia saat kau sedar.

Rindu itu memang benar tak mampu digenggam , tapi ianya boleh dirasa.

Angin kita tak kelihatan, tapi kita dapat rasa kewujudannya bilamana ada daun yang berayun, ada pokok yang bergoyang. Sama dengan perasaan rindu, ianya tak kelihatan, tapi kita dapat rasa perasaan rindu itu bilamana tingkah dan tanduk kamu itu menunjukkanya.

Maka, buktikan kerinduan kamu.

Jangan hanya sekadar bicara tentang rindu dan cinta di bibir, tapi semuanya dusta sekadar kata.

No comments:

Post a Comment