Ada satu perpisahan yang dinamakan berpisah maut yang membuatkan kita kehilangan seseorang itu selama lamanya. Perpisahan ini mungkin sangat perit dan merupakan ujian yang cukup mencabar buat insan yang menghadapi situasi tersebut. Sama ada sang anak yang kehilangan ibunya, sang ibu yang kehilangan anaknya atau mungkin sahaja sang isteri yang kehilangan suaminya itu berada dalam keadaan tangisan yang cukup teresak, berada dalam dilema yang cukup parah tapi percayalah mereka insan yang sangat hebat kerana mereka dipilih oleh Allah untuk diuji dengan ujian yang sangat dasyat.
Tapi perpisahan yang ingin saya ketengah kan ini dipanggil perpisahan sementara yang mana kita masih boleh melihat, menatap dan mencium kesayangan kesayangan kita tetapi Allah menarik semua itu sekejap sahaja sebenarnya dan Allah akan kembalikan nya semula.
Macam kita berpisah dengan ibu bapa dan adik beradik kita,
Walau kita masih boleh berjumpa mereka pada cuti semester nanti atau bila bila masa sahaja jika kita ada masa terluang tapi kita tetap merasakan satu kehilangan yang sangat besar dan bermakna dalam beberapa bulan tempoh kehilangan itu. Kita sangat diuji dengan perasaan rindu dan rasa sangat lemah untuk meneruskan sesi pengajian beberapa bulan tersebut dengan pelbagai perasaan yang menyelebungi diri kita.
Kita rasa begitu susah untuk lelapkan mata, kita rasa begitu susah untuk menghabiskan makanan walaupun yang terhidang di depan mata itu adalah makanan kegemaran kita.
Macam macam lagi rasa yang ada sebenarnya.
Sedangkan dengan teknologi yang begitu canggih ini, kita berpisah jarak beribu marhalah sekali pun sebenarnya kita masih boleh berhubung dengan ibubapa kita dengan adik beradik kita dengan kesayangan kesayangan kita semua. Tapi bila bicara soal rindu, depan mata pun kekadang rindu. Inikan pula jauh beribu batu.
Jadi semua teknologi yang canggih ini seolah olah tidak berguna langsung jika kita dalam keadaan merindukan insan insan yang jauh.
Kita tetap ingin mereka semua berada di hadapan mata kita, tetap ingin menyentuh tangan dan mengusap wajah lembut ibu dan ayah kita. Kita tetap ingin mendengar dan menatap gelak tawa adik adik kecil kita.
Iya kita bercakap soal rindu sekarang ini. Mungkin nampak lari pada tajuk asal kita iaitu perpisahan. Tapi inilah sebenarnya hikmah dari perpisahan yang Allah telah takdirkan kepada kita.,.Rindu adalah hikmah kepada perpisahan yang sementara ini.
Pernahkah kita menyangka yang kita akan merindui adik kecik kita yang selalu kacau kita nak tidur?
Pernahkah kita menyangka yang kita akan merindui ayah yang selalu menyekat kemahuan kita ?
Pernahkan kita menyangka yang kita akan merindu ibu yang selalu membebelkan kesalahan kita?
Tidak, kita tidak menyangka.
Saat kau berpisah, percaya lah kau akan merindui dengan semua itu.
Dan, itu yang saya nampak saat mana saya mula berpisah dengan keluarga saya.
Sungguh, saya sentiasa menghitung hari untuk pulang berada dalam pangkuan keluarga saya.
No comments:
Post a Comment