Saat terpilih atau tidak


Ada orang menganggap melangkah ke universiti dan bergelar seorang mahasiswa adalah satu rezeki dari Allah.
Tapi ada juga yang menganggap tidak melangkah ke alam universiti juga adalah satu anugerah dari Allah. 

Kenapa begitu?
Kerana orang yang hebat dan orang yang yakin dengan Allah akan dapat kecapi hikmah yang Allah telah tetapkan untuk setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. 

Kenapa kita dipilih kenapa kita tidak terpilih semuanya ada hikmah. 

Ada insan yang tidak mahu bergelar mahasiswa tapi Allah takdirkan juga mereka untuk melangkah masuk ke universiti, ada insan yang sangat sangat mahu menimba ilmu di menara gading tapi Allah tak takdirkan mereka untuk berada bersama kita yang bergelar mahasiswa. 

Kenapa? Kenapa aku ? Persoalan ini sangat biasa, sangat biasa menjadi rutin yang bermain dalam kepala kita.

Jika saya kata, ' Redho. Allah sudah tetapkan. Akan ada hikmahnya. ' Mungkin kalian akan mengatakan ayat itu sangat cliche dan sangat poyo. Tapi itu lah hakikat ayat yang harus kita hadam selumat lumatnya.

Saya bagi contoh.

Mungkin sahaja insan yang sangat teringin untuk menjalani kehidupan di universiti tapi Allah tidak
takdirkan dia untuk itu kerana dirinya masih belum bersedia melihat semua keaiban manusia yang bebas tanpa agama, dunia yang penuh kesibukan dengan assignment dan projek, kehidupan yang sangat mementingkan mata wang, semua kena guna duit. Mungkin Allah ingin pelihara kalian dari semua azab dunia ini. Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya.

Dan kamu yang mana sudah terpilih sedangkan hati kamu tidak mahu untuk itu mungkin sahaja Allah ingin menjadikan kamu orang yang berguna untuk negara. Bersyukurlah kamu kerana diberi peluang oleh Tuhan untuk memberi satu senyuman kebahagiaan kepada sepasang kekasih hati kita yang memang ingin melihat kita pakai topi jagung pegang segulung ijazah. Semua ibubapa atas dunia ni nak tengok anak anak mereka sebegitu. Maka, atas sebab apa lagi untuk kamu lepaskan peluang ini?

Hikmah itu ada dimana mana. Carilah, Sabar dan tunggulah. Kamu akan dapat kecapinya. 

No comments:

Post a Comment