Mungkin ada hikmah kau dibiar sepi. Mungkin ada hikmah kenapa takdir tu tak berjalan seperti mana yang kau mahu. Mungkin ada hikmah kenapa pada akhirnya, kau termasuk di kalangan mereka-mereka yang terbiasa kecewa.

Satu perkara. Kau akan belajar untuk menerima hakikat bahawa hidup ini, semuanya berjalan aturannya di atas kekuasaan tuhan. Sebagaimana bagus pun kau rancang, ia tidak akan lebih daripada apa yang telah tertulis.

Kau akan belajar secara perlahan-lahan untuk melepaskan, tak bermakna kau lemah. Tidak bermakna kau akan berhenti dari mencari orang yang akan menghargai kau. Tidak bermakna kau kehilangan harapan. Dan tidak bermakna kau tidak memaafkan.

Kau masih orang yang sama.

Cuma untuk ketika ini, untuk saat ini, kau hanya mahu menghargai kehidupan kau sendiri. Kau cuma penat mencari orang-orang yang tidak menghargai sisi kehidupan kau, dan biarkan mereka sendiri yang datang mencari kelak. Kau berharap untuk kali ini lebih besar, lebih tinggi pengharapannya agar tidak tersalah lagi.

Sebab kau tahu dengan meletakkan harapan berlebihan ke atas manusia yang tidak serius, ia sekadar menerbangkan daun di udara. Dan kau akan belajar, dengan melepaskan manusia begini, kau akan menjumpai siapa diri kau yang sebenar.

Sayang memang sayang, tapi harus dengan waras. Lepaskan andai ianya cuma menyakitkan.

No comments:

Post a Comment