Kau tahu tak beza kau dgn dia apa?
Saat kau tak mampu lelapkan mata kerana merinduinya.
Sedangkan dia tak mampu lelapkan mata kerana kesibukan dunianya.
Saat jam tiga pagi kau masih memikirkannya,
Tapi jam tiga pagi juga dia masih bersama rakannya dan bt stori utk rkn rknnya.
Untuk apa lagi na, untuk apa?
Berusahalah na untuk tidak memikirkannya walau sesaat.
Bisik Pada Hati
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.
Sudah aku sibukkan diri sehingga makan juga aku tak sempat, tapi masih kamu dalam ingatan aku.
Saat aku teringat pada kamu, saat itu aku sakit.
Sakit bila fikirkan kamu tak pernah peduli sama aku. Tak pernah.
Kenapa aku tak semudah kamu dalam melupakan. Kenapa?
Kenapa aku tak mampu untuk melupakan semuanya tentang kamu. Kenapa aku tak mampu juga untuk terima kamu.?
Ya, kamu betul abang. Aku yg bermasalah. Aku.

Maafkan aku, kerana semakin hari aku semakin membenci kamu.
Inilah saat yang dari dulu aku takutkan.
Bila hati aku sudah tidak mahu mendengar tentang kamu.
Kerana terlalu cinta aku menjadi benci
Kerana terlalu rindu aku menjadi semakin benci.
Hiduplah kamu dengan kenikmatan yang ada sekarang dihadapan kamu itu,
Jangan menyesal kelak andai tidak dapat nikmat lain di masa hadapan.
Aku hanya mampu berdoa, semoga kau bhagai selamanya.

Mungkin ada hikmah kau dibiar sepi. Mungkin ada hikmah kenapa takdir tu tak berjalan seperti mana yang kau mahu. Mungkin ada hikmah kenapa pada akhirnya, kau termasuk di kalangan mereka-mereka yang terbiasa kecewa.
Satu perkara. Kau akan belajar untuk menerima hakikat bahawa hidup ini, semuanya berjalan aturannya di atas kekuasaan tuhan. Sebagaimana bagus pun kau rancang, ia tidak akan lebih daripada apa yang telah tertulis.
Kau akan belajar secara perlahan-lahan untuk melepaskan, tak bermakna kau lemah. Tidak bermakna kau akan berhenti dari mencari orang yang akan menghargai kau. Tidak bermakna kau kehilangan harapan. Dan tidak bermakna kau tidak memaafkan.
Kau masih orang yang sama.
Cuma untuk ketika ini, untuk saat ini, kau hanya mahu menghargai kehidupan kau sendiri. Kau cuma penat mencari orang-orang yang tidak menghargai sisi kehidupan kau, dan biarkan mereka sendiri yang datang mencari kelak. Kau berharap untuk kali ini lebih besar, lebih tinggi pengharapannya agar tidak tersalah lagi.
Sebab kau tahu dengan meletakkan harapan berlebihan ke atas manusia yang tidak serius, ia sekadar menerbangkan daun di udara. Dan kau akan belajar, dengan melepaskan manusia begini, kau akan menjumpai siapa diri kau yang sebenar.
Sayang memang sayang, tapi harus dengan waras. Lepaskan andai ianya cuma menyakitkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)